Friday 24 June 2011

Jom belajar buat quilting...

sesiapa yang berminat untuk menghasilkan quilting cadar, beg, alas sofa...perhiasan rumah dan lain-lain boleh layari laman web : http://pondokcraft.blogspot.com/

Thursday 16 June 2011

Penggunaan Komputer dalam pengajaran Bahasa

http://eprints.utm.my/5968/1/08-yahya.pdf

PERANAN ICT DALAM PENDIDIKAN
Penggunaan teknologi atau ICT dalam P&P bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses P&P. Untuk itu kita seharus dapat menggunakannya secara berfikrah, terancang dan bersesuaian (iaitu, bila perlu, bila tidak, dan bagaimana?). Penggunaan teknologi atau ICT secara tidak langsung akan membantu dan mendorong kita untuk melakukan anjakan paradigma dalam proses P&P. Ini seterusnya akan melahirkan satu persekitaran pembelajaran yang lebih baik.

Aplikasi/integrasi teknologi atau ICT dalam P&P tidak semestinya berkehendakkan kita menguasi kemahiran teknologi atau ICT tahap tinggi, tetapi yang lebih penting dan utama ialah bagaimana kita dapat menghasilkan bahan atau media P&P yang memenuhi kesesuaian dan keperluan pembelajaran pelajar. Untuk itu kita seharus menguasi kemahiran pedagogi (disamping konten dan psikologi) dan yang berkaitan. Kita juga harus memahami apa yang dimaksudkan dengan integrasi teknologi dalam P&P, perancangan dan pelaksanaannya. .

Bagi menghasilkan bahan atau media P&P yang menepati kesesuaian dan keperluan pembelajaran yang optimum, kita seharusnya perlu mengetahui dan memahami aspek-aspek rancangan pengajaran (instructional planning), rekabentuk pengajaran (instructional design) dan yang cukup penting ialah teori pembelajaran (learning theory) yang mendasari perkara di atas.

 

Dalam proses kita menentukan bahan-bahan (media, perisian atau pakej) yang bersesuaian dengan keperluan pembelajaran kita seharus juga mengetahui beberapa konsep yang berkaitan penggunaan komputer / ICT dalam P&P; Antaranya PPBK, CAL, e-learning, internet dalam P&P, dan intranet dan sebagainya.

Kemudian kita sehaursnya berupaya menilai bahan-bahan P&P mengikut kaca mata (dari sudut perspektif tertentu). Untuk itu elok kita kenal bagaimana menilai sesuatu bahan P&P dan proses penilaiannya , dan dapat menggunakan instrumen penilaian yang bersesuaian.
http://ipislam.edu.my/edu3105/


http://wafaibtisam.blogspot.com/